TABUNG DANA PEMBANGUNAN PASTI AL-HIKMAH

MEMERLUKAN RM 320,000 UNTUK PEMBINAAN PASTI AL-HIKMAH KG BULOH GADING BAGI MEMBANTU ANAK-ANAK PASTI MENDAPAT PENDIDIKAN YANG SEMPURNA
Realiti PASTI Al-Hikmah masih berkongsi bangunan surau. Bahagian tingkat bawah digunakan untuk anak-anak PASTI dan bahagian atas adalah surau yang digunakan untuk penduduk setempat.
Bangunan PASTI sekarang merupakan bangunan kayu yang sudah mulai reput. Pihak surau kemudian telah membeli tanah baru di belakang bangunan PASTI buat anak-anak PASTI supaya mendapat tempat yang selesa untuk belajar.
Buat pengetahuan semua, bangunan kayu PASTI telah dirobohkan dan dibangunkan semula bangunan berasingan iaitu bangunan PASTI dan Surau. Bangunan surau telah siap sepenuhnya namun bangunan PASTI masih dalam pembinaan dan berada dalam FASA 2 pembinaan.
Buat pengetahuan semua, bangunan kayu PASTI telah dirobohkan dan dibangunkan semula bangunan berasingan iaitu bangunan PASTI dan Surau. Bangunan surau telah siap sepenuhnya namun bangunan PASTI masih dalam pembinaan dan berada dalam FASA 2 pembinaan.

Bangunan atas PASTI yang digunakan sebagai surau. Bangunan kayu sudah mulai reput.
Setakat hari ini, pembinaan PASTI Al-Hikmah masih belum dapat disiapkan dan berada di Fasa 1 pembinaan. Justeru itu, pihak PASTI Al-Hikmah merayu bantuan dana dan sumbangan barangan pembinaan daripada saudara dan saudari semua.
Dana sebanyak RM 20,000 diperlukan pada setiap bulan bagi meneruskan dan melancarkan pembinaan PASTI Al-Hikmah Kg Buloh Gading, Kuala Terengganu supaya dapat memberi manfaat kepada anak-anak PASTI meneruskan pembelajaran mereka.
Pihak PASTI Al-Hikmah merayu bantuan dana dan sumbangan barangan pembinaan daripada tuan puan bagi membolehkan anak-anak pasti belajar dengan selesa dibangunan ini bagi sesi persekolahan tahun 2021.
BERAPA YANG DIPERLUKAN ?
PASTI Al-Hikmah memerlukan bantuan dan sumbangan bagi menyiapkan kerja-kerja pembinaan, plaster simen dinding, pemasangan paip air, elektrikal dan lain-lain. Anggaran keperluan adalah RM 320,000.00 diperlukan bagi memastikan pembinaan terus berjalan dengan lancar.
Berikut adalah senarai barangan dan keperluan yang diperlukan untuk pembinaan PASTI Al-Hikmah :
BIL | JENIS PERBELANJAAN | ANGGARAN KOS |
1. | Besi | RM 40,000 |
2. | Batu bata | RM 20,000 |
3. | Simen | RM 60,000 |
4. | Pasir | RM 15,000 |
5. | Cat | RM 6,000 |
6. | Tile | RM 20,000 |
7. | Kayu | RM 15,000 |
8. | Tingkap | RM 30,000 |
9. | Perpaipan serta bahan | RM 5,000 |
10. | Sistem pendawaian elektrik serta bahan | RM 50,000 |
11. | Kerusi meja pelajar | RM 30,000 |
12. | Kerusi makan guru | RM 3,000 |
13. | Batu crusher run | RM 8,000 |
14. | Premix | RM 15,000 |
TOTAL | RM 320,000 |
*Jumlah di atas adalah anggaran yang diperlukan sepanjang pembinaan PASTI Al-Hikmah.

BAGAIMANA BOLEH MEMBANTU ?
Pihak PASTI Al-Hikmah membuka lot sumbangan untuk pembinaan serendah RM20 setiap lot. Setiap lot yang dibeli boleh diniatkan untuk ibubapa atau orang tersayang yang telah meninggal dunia.
InsyaAllah, pahala berpanjangan buat mereka selagi mana harta tersebut bermanfaat buat ummah. Pihak PASTI juga menerima sumbangan berbentuk keperluan seperti simen, pasir dan lain-lain bagi membantu pembinaan.
Besarlah harapan kami agar bangunan ini dapat disiapkan pada tahun hadapan bagi menampung keperluan pelajar yang bertambah setiap tahun.
Semoga Allah sentiasa merahmati dan permudahkan urusan kita semua.
Untuk Sumbangan Secara Terus Boleh Bank Transfer / CD - Online Transfer/CDM Melalui Akaun Di Bawah
Bank : RHB ISLAMIK
Nama : PASTI AL-HIKMAH
No Akaun : 2130 6160 0263 95
Letakkan Reference/Remark : " DANA PEMBANGUNAN" untuk mudah kami semak transaksi sumbangan

Sijil Pendaftaran PASTI Al-Hikmah Kg Buloh Gading, Kuala Terengganu
Untuk maklumat lanjut berkaitan TABUNG DANA PEMBANGUNAN PASTI AL-HIKMAH, boleh hubungi,
Pengurus PASTI Al-Hikmah : 012-9895218
"PASTI CEMERLANG, ISLAM GEMILANG"
Pemberitahuan:
1. Bagi pembayaran mengunakan payment gateway Toyyibpay, dalam statement bank akan terpapar pembayaran kepada ANSI SYSTEMS SDN BHD selepas pembayaran dibuat. Toyyibpay merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.
2. Pembayaran termasuk RM1 caj payment gateway Toyyibpay.