Akaun pastialhikmah.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

"PROJEK PEMBINAAN PASTI YANG HAMPIR TERBENGKALAI..."

"PROJEK PEMBINAAN PASTI YANG HAMPIR TERBENGKALAI..."

MEMERLUKAN RM 700,000 UNTUK PEMBINAAN PASTI AL-HIKMAH KG BULOH GADING, BANTU ANAK-ANAK PASTI MENDAPAT PENDIDIKAN YANG SEMPURNA.


Realiti PASTI Al-Hikmah masih berkongsi bangunan surau. Bahagian tingkat bawah digunakan untuk anak-anak PASTI dan bahagian atas adalah surau yang digunakan untuk penduduk setempat.

Bangunan PASTI sekarang merupakan bangunan kayu yang sudah mulai reput. Pihak surau kemudian telah membeli tanah baru di belakang bangunan PASTI buat anak-anak PASTI supaya mendapat tempat yang selesa untuk belajar.

Buat pengetahuan semua, bangunan kayu PASTI telah dirobohkan dan dibangunkan semula bangunan berasingan iaitu bangunan PASTI dan Surau. Bangunan surau telah siap sepenuhnya namun bangunan PASTI masih dalam pembinaan dan berada dalam FASA 2 pembinaan.



Bangunan atas PASTI yang digunakan sebagai surau. Bangunan kayu sudah mulai reput.

Sudah hampir bulan MEI 2020, namun pembinaan PASTI Al-Hikmah masih belum dapat disiapkan dan berada di Fasa 1 pembinaan. Justeru itu, pihak PASTI Al-Hikmah merayu bantuan dana dan sumbangan barangan pembinaan daripada saudara dan saudari semua.

Dana sebanyak RM 20,000 diperlukan pada setiap bulan bagi meneruskan dan melancarkan pembinaan PASTI Al-Hikmah Kg Buloh Gading, Kuala Terengganu supaya dapat memberi manfaat kepada anak-anak PASTI meneruskan pembelajaran mereka.
 
Pihak PASTI Al-Hikmah merayu bantuan dana dan sumbangan barangan pembinaan daripada saudara/ri bagi membolehkan anak-anak pasti belajar dengan selesa dibangunan ini pada tahun hadapan.

BERAPA YANG DIPERLUKAN ?

PASTI Al-Hikmah memerlukan bantuan dan sumbangan bagi menyiapkan kerja-kerja pembinaan, plaster simen dinding, pemasangan paip air, elektrikal dan lain-lain. Anggaran keperluan adalah RM 700,000.00 diperlukan bagi memastikan pembinaan terus berjalan dengan lancar.

Berikut adalah senarai barangan dan keperluan yang diperlukan untuk pembinaan PASTI Al-Hikmah :

  • Besi - RM 40,000
  • Batu bata - RM 20,000
  • Simen - RM 60,000
  • Pasir - RM 15,000
  • Cat - RM 6,000
  • Tile - RM 20,000
  • Kayu - RM 15,000
  • Tingkap - RM 30,000
  • Perpaipan serta bahan - RM 5,000
  • Sistem pendawaian elektrik serta bahan - RM 50,000
  • Kerusi meja pelajar - RM 30,000
  • Kerusi meja guru - RM 10,000
  • Kerusi makan pelajar - RM 15,000
  • Kerusi makan guru - RM 3,000
  • Batu crusher run - RM 8,000
  • Premix - RM 15,000

Jumlah di atas adalah anggaran yang diperlukan spenjang pembinaan PASTI Al-Hikmah.



BAGAIMANA BOLEH MEMBANTU ?

Pihak PASTI Al-Hikmah membuka lot sumbangan untuk pembinaan serendah RM 30 setiap lot. Setiap lot yang dibeli boleh diniatkan untuk ibubapa atau org tersayang yang telah meninggal dunia.

InsyaAllah, pahala berpanjangan buat mereka selagi mana harta tersebut bermanfaat buat ummah. Pihak PASTI juga menerima sumbangan berbentuk keperluan seperti simen, pasir dan lain-lain bagi membantu pembinaan.

Besarlah harapan kami agar bangunan ini dapat disiapkan pada tahun hadapan bagi menampung keperluan pelajar yang bertambah setiap tahun.

Semoga Allah sentiasa merahmati dan permudahkan urusan kita semua. 


Sijil Pendaftaran PASTI Al-Hikmah Kg Buloh Gading, Kuala Terengganu 



Penafian:
1. Bagi pembayaran mengunakan payment gateway Toyyibpay, selepas pembayaran di statement bank akan terpapar pembayaran kepada ANSI SYSTEMS SDN BHD. Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami
2. Pembayaran termasuk RM1 caj payment gateway Toyyibpay
3. Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini sila hubungi Pengurus PASTI Al-Hikmah di talian 012-9895218

Ada Soalan? Tekan Ni